Wednesday, June 24, 2009

Rejab 1430 H

Rejab datang kembali menemui umat Islam. Bulan ketujuh dalam kalendar Islam ini mempunyai keistimewaan tersendiri sebagaimana yang dijanjikan Allah seperti yang terkandung dalam al-Quran. Rejab mempunyai empat makna iaitu takzim (kebesaran, keagungan dan kemuliaan), rahmah (bulan yang penuh dengan rahmat Allah), Jud'un (pemurah) dan Birr'un (kebajikan).Bulan Rejab adalah salah satu bulan yang mulia dan banyak kelebihannya. Nabi Muhammad saw dalam satu hadis menyatakan bahawa Rejab itu bulan Allah. Sabda baginda yang bermaksud:

"Sesungguhnya Rejab adalah bulan Allah, Syaaban adalah bulanku dan Ramadan adalah bulan umatku".

Rejab dalam bahasa Arab bererti agung. Bulan ini dinamakan Rejab kerana pada bulan ini orang Arab zaman jahiliah dan awal Islam sangat menghormati dan mengagungkannya. Menurut satu qissah, di zaman dahulu, khususnya sebelum dan awal Islam, pada bulan ini petugas Kaabah membuka pintunya sebulan penuh, sedangkan pada bulan lain pintu Kaabah hanya dibuka pada hari Isnin dan Khamis. Ini kerana Rejab adalah bulan Allah. Kaabah pula adalah rumah Allah. Kita adalah hamba Allah. Oleh itu, bagi mereka tiada sebab mengapa hamba Allah dilarang memasuki rumah Allah pada bulan Allah ini. Dalam hal berkaitan, Saidina Abu Bakar pernah berkata: "Apabila tiba malam Jumaat yang pertama dalam Rejab, maka semua malaikat dari segenap penjuru sama ada dari udara, laut dan darat berkumpul di sekeliling Kaabah"Firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah At-Taubah ayat 36:

Yang bermaksud : "Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi hukum Allah ialah dua belas bulan, yang telah ditetapkan dalam kitab Allah semasa ia menciptakan langit dan bumi di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama kamu yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu dengan melanggar larangannya.Dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertakwa"

Bulan Rejab adalah bulan ketujuh daripada bulan-bulan dalam hitungan tahun qamariah. Rejab bererti kebesaran dan dinamakan Rejab kerana bulan ini sangat dimuliakan pada zaman Jahiliah. Dalam bulan ini juga mencatatkan sejarah penting bagi kehidupan umat Islam kerana dalam bulan ini mengandungi peristiwa Isra' dan Mikraj Junjungan Nabi Besar kita Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam satu peristiwa yang kita telah maklum keagungannya. Umat Islam digalakkan untuk beribadat sebanyak mungkin pada bulan Rejab ini kerana pada bulan ini Allah Subhanahu Wataala banyak memberikan pahala kepada mereka yang mengerjakan ibadat di dalamnya.

Di antara amalan-amalan yang digalakkan ke atas orang-orang Islam untuk mengerjakannya pada bulan Rejab ini ialah:-

Pertama: Membaca Salawat kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.Umat Islam memang digalakkan untuk membanyakkan membaca salawat pada bila-bila masa terutama pada ketika pahalanya dilipat gandakan di dalamnya seperti pada bulan Rejab kerana membaca salawat sangat besar pahalanya.

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam : Antara mafhumnya:" Barangsiapa yang membaca salawat untuk Ku satu kali, Allah bersalawat kepadanya sepuluh kali, dan barangsiapa bersalawat sepuluh kali kepada ku, Allah akan bersalawat kepadanya sebanyak seratus kali. Dan barang siapa yang bersalawat kepada Ku seratus kali, maka Allah menulis di antara kedua-dua matanya kebebasan dari nifak dan kebebasan dari neraka. Pada hari kiamat orang itu akan ditempatkan bersama orang-orang yang mati syahid". [Riwayat At-tabrani].

Kedua : Bertaubat.Kita digalakkan untuk memperbanyakkan bertaubat pada bulan Rejab kerana bulan ini adalah bulan pengampunan.

Ketiga: Berpuasa.Kita Umat Islam digalakkan untuk banyak berpuasa pada bulan Rejab.
Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang diriwayatkan oleh Al-Baihaqi.Maksudnya: "Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat sebuah sungai yang disebutkan sungai Rejab, airnya lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada madu, barangsiapa yang berpuasa satu hari pada bulan Rejab, Allah akan memberinya minum dari sungai itu".

Keempat: Berdoa.Apabila berada di bulan Rejab, kita berharap agar sampai pula pada bulan Syaaban dan bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan bulan yang dinanti-nanti oleh setiap orang Islam yang sentiasa merindui pahala besar.

Selain daripada itu banyak lagi ibadat-ibadat lain yang mempunyai banyak kelebihan untuk kita amalkan di bulan ini seperti bersedekah dan melakukan amal jariah yang lain.Firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah At-Tahrim ayat 8:
Bermaksud : "Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan bertaubat nasuha mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai".

Istimewanya bulan ini, pada 27 Rejab ialah berlakunya peristiwa Isra' dan Mikraj kepada Rasulullah s. a. w. Pada malam itu, baginda diangkat ke siddaratul muntaha (langit ketujuh) bertemu secara langsung dengan Allah. Dengan izin Allah, baginda melihat keadaan syurga dan neraka dan bagaimana umatnya serta umat yang terdahulu menerima ganjaran kebajikan dan pembalasan dosa yang mereka lakukan di dunia. Ketika bertemu Allah, Rasulullah saw juga diperintah mengerjakan sembahyang lima waktu sehari semalam yang mulanya diwajibkan sebanyak 50 waktu.

Inilah keriangan yang paling tinggi daripada Allah kepada Rasulullah dan umatnya hingga ke hari kiamat.Maksudnya: "Maha Suci Allah yang memperjalankan hambaNya (Nabi Muhammad) ada satu malam dari Masjid Haram ke Masjid Aqsa yang kami berkati sekelilingnya, untuk kami perlihatkan kepadanya tanda-tanda Kami. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan Maha Melihat". (Surah al-Isra', ayat 1)

Imam Nawawi seorang tokoh perundangan dalam Islam, menyatakan dalam kitabnya Syarah Muslim: Perkara sebenar yang telah disepakati sama ada oleh ulama fiqh (fuqaha), ulama ahli hadith (muhaddithin) dan ulama ilmu kalam atau ilmu tauhid (mutakallimin), begitu juga para sahabat (atsar) dan para ulama dahulu dan mutakhirin, bahawa Nabi Muhammad s. a. w. telah diisra' dan dimikrajkan oleh Allah s. w. t. dengan roh dan jasadnya sekali. Begitu juga Al Imam Ibnu Hajar mempunyai pendapat yang sama dalam perkara tersebut.

Menurut Imam Nawawi, tiada alasan untuk menolak hakikat Isra' Mikraj Nabi s. a. w, dengan roh dan jasadnya sekali, kerana peristiwa Isra' dan Mikraj agung itu bukan atas usaha ikhtiar Nabi s.a.w sendiri, sebaliknya Nabi s.a.w menghebahkan kepada orang ramai bahawa baginda telah diisra' dan dimikrajkan oleh Allah s. w. t. bersama malaikat Jibril. Kenderaan yang disediakan oleh Allah s. w. t. bernama buraq iaitu kenderaan yang dicipta dari cahaya. Buraq kenderaan khusus untuk suatu pengembaraan Nabi s.a.w dalam perisitiwa bersejarah diisra' dan dimikrajkan ke langit. Ini bermakna bahawa Isra' Mikraj adalah suatu peristiwa di luar kemampuan Nabi s.a.w untuk melakukannya, sebaliknya ia dikehendaki oleh Allah s. w. t. berlaku ke atas diri Nabi s.a.w dengan dibantu oleh malaikat Jibril a. s.

Allah SWT melalui firmanNya dalam ayat pertama surah Al Isra', menjelaskan tentang peristiwa Isra' memulakan dengan kalimah Subhana "Maha Suci Allah." Ertinya, Allah SWT itu Maha Suci dari segala sifat kekurangan dan kelemahan. Sekalipun peristiwa Isra' Mikraj itu perkara luar biasa(ajaib) di sisi akal manusia, tetapi bagi Allah s. w. t. Yang Maha Suci dari sifat kelemahan, maka Dia boleh melakukan apa jua perkara pelik menjadi perkara biasa dan tiada yang mustahil bagi-Nya.

Kalaulah peristiwa Isra' Mikraj itu sekadar Nabi s.a.w bermimpi pergi ke Baitul Muqaddis dan juga mimpi naik ke langit, maka kaum musyrikin Makkah tidak akan marah dan mempersenda Nabi s.a.w, kerana mimpi adalah perkara biasa bagi semua orang. Bukan Nabi Muhammad sahaja yang boleh bermimpi naik ke langit, bahkan orang yang bukan taraf nabi pun boleh bermimpi serupa itu juga.

Dalam peristiwa ini, baginda Rasulullah s. a. w. dapat menyaksikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib.

Antaranya :

Satu kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah s. a. w. diberitahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

Firman Allah:Maksudnya: "Bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan ingatlah allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan allah Maha luas kurniaanNya lagi meliputi ilmu pengetahuanNya".

Baginda juga melalui suatu tempat yang berbau harum. Rasulullah s. a. w. diberitahu oleh Jibrail: Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Firaun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Firaun sebagai Tuhan).

Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah, "Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang)."

Rasulullah juga diperlihatkan, sekumpulan manusia yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail, "Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka".

Baginda juga melihat satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail, "Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri/suami".

Mudah-mudahan perkara yang diperlihatkan oleh Allah kepada Baginda Muhammad s.a.w. dapat dijadikan pengajaran kepada kita semua untuk mendapat rahmat dan kesejahteraan di dunia dan akhirat.

Dipetik daripada e-mosque.com.my untuk perkongsian bersama..

Sunday, May 31, 2009

324-10 Jalan Travers

324-10 Jalan Travers, itulah tempat kami dibesarkan. Sekarang tempat tersebut telah menjadi salah satu hub pengangkutan & perniagaan yang dinamakan KL Sentral.

Ada banyak perkara suka duka semasa kami tinggal disitu. Tak lupa juga kawan2x & jiran2x lama yang bermacam ragam. Semuanya kekal dalam lipatan sejarah.





Sunday, May 24, 2009

Al-Hajj 1427 (Siri 2: Melawat Taif)

Jarak perjalanan Mekah ke Taif: 90 minit (100km++)

Geografi Taif: Kawasan tanah tinggi dan berbukit (berudara Nyaman)

Tempat dilawati:

i) Kawasan bukit/pergunungan sekitar Taif,
ii) Masjid + Makam + Perpustakaan Abdullah Ibn Abbas*
iii) Makam Syeikh Daud Al-Fatani (ulama terkenal di Nusantara Asia)
iv) Masjid Kesan Siku Rasul s.a.w + Bungkah batu untuk membunuh beliau (batu tergantung)
v) Tapak rumah Ibn Abbas & para sahabat
vi) Perkuburan Kaum Quraish
vii) Kesan Empangan Taif

* Ibn Abbas salah seorang sahabat yang pernah didoakan Nabi menjadi salah seorang yang paling berilmu

Dari Ibn Abbas r.a. berkata dia, "Rasullullah s.a.w memeluk saya dan mendoakan "Ya Allah, Ajarkanlah kepadanya Al-Kitab (Al-Quran)
Himpunan hadis Shahih Bukhari


Alhamdullilah dalam perjalanan pulang ke Mekah sempat singgah di Qarn-Manazil (iaitu Miqat niat Haji bagi jemaah haji jemaah Malaysia yang biasanya diniatkan diatas kapalterbang).

Gambar coming soon.... insyallah















Saturday, May 23, 2009

Nama Kuda & Unta Nabi S.A.W

Sekadar berkongsi

[1304] Dari Sahl r.a. katanya Nabi s.a.w mempunyai seekor kuda di kebun kami, namanya Luhaif

[1307] Dari Anas r.a.: Nabi s.a.w mempunyai seekor unta yang bernama 'Adba yan cepat larinya....

Himpunan hadis Imam Bukhari.

p/s: kemungkinan ini adalah nama salah seekor kuda atau unta Rasul s.a.w. Wallahu'alam

Friday, May 22, 2009

Gaza Song : We Will Not Go Down

The Lyrics

A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they’re dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who’s wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

.... to watch video, click here... (please comment for broken link)...

More About Bismillah

Every good action or deed should be started with reciting Bismillah

In this section we will quote the Authentic Traditions of the Prophet Muhammad (saw) regarding Bismillah - In the name of Allah:

Saying Bismillah Before Eating:

The Prophet (saw) said, "Say Bismillah, eat with your right hand and eat what is in front of you."

[Sahih Bukhari 7/88, Sahih Muslim 2/207, Ahmad 17/92, Muwatta Malik 10/32 and Ibn Majah 1/557]

Saying Bismillah When Drinking Water:

Ibn Abbas (ra) reported that the Messenger of Allah (saw) said, "Do not drink in one gulp like a camel, but in two or three [Gulps]. Mention the Name of Allah when you start drinking and praise Him after you have finished [Drinking].''

[Fath al-Bari 12/197 and Al-Trimidhi]

Saying Bismillah Is Recommended At The Beginning Of Ablution:

The Prophet (saw) said, "Make Wudu [Ablution] in the name of Allah"

[An-Nasai 1/11 and Ibn Khuzaimah 1/84]

Saying Bismillah Is Recommended When Leaving The House:

The Messenger Of Allah (saw) said, "If anyone of you when leaving the house says In the name of Allah, I trust in Allah, there is no power and might except from Allah. Your needs shall be fulfilled, you shall be saved from difficulties and hardships. Shaitaan hearing these words leaves him."
[Al-Trimidhi 2/493]

Say Bismillah At The Time When Slaughtering An Animal:

Anaas (ra) reported that Allah's Messenger (saw) sacrificed two horned rams of white color with black markings over them. He also stated: I saw him sacrificing them with his own hand and saw him placing his foot on their sides, and recited in the name of Allah and Glorified Him [Bismillah Allahu Akber]

[Sahih Bukhari 7/133, Sahih Muslim 2/181, Abu Dawud 3/230, An-Nasai 7/231, Al-Trimidhi 5/76 and Ibn Majah 2120]

Saying Bismillah Is Recommended When Fighting For The Cause Of Allah:

The Messenger of Allah (saw) said, "Fight in the name of Allah and in the way of Allah"

[Sahih Muslim 2/69]

Wednesday, May 20, 2009

Opss... Happy Teachers Day


Selamat Hari Guru, pada pada semua Cikgu termasuklah juga family ku yang cikgu-cikgu tu.
Jangan tertekan & bawak bertenang, sebab jadi guru sekarang tak sama macam dulu. So, pada semua guru, saya hadiahkan banner diatas. Boleh dijadikan hiasan dinding atau dijadikan sepanduk kalau nak.
Jasa guru tetap ku kenang,.....

Tuesday, May 19, 2009

Tioman



Nak letak video jugak..Tapi nie video Tioman..Lagu dia x tau best ke tak..so..enjoy!

Monday, May 18, 2009

Sunday, May 17, 2009

Al-Hajj 1427 (Satu Memori Indah ... Siri 1)

Tiada gambaran atau kata2x dapat diucapkan ....
Dalam kesejukan Mudzalifah dan kedinginan Arafah, .... aku berdoa semoga ianya diterima dan semoga ianya berulang lagi dimasa akan datang ....











Testing ... video

Memori di bukit uhud,


Saturday, May 16, 2009

Jom Gi Melaka

Memang la, kita ni kaki berjalan. Menteri pelancongan mesti berbangga punya sebab kami menyahut seruan mereka. Pasal melancong memang kami sokong, tapi yang lain tak tentu lagi, hehee.

Satu lagi pengembaraan upin dan ipin adalaah ke Melaka. Err ... best jugak Melaka ni tapi yang tak tahan jem kat Bandar Hilir.

So kalau nak kesana, dicadangkkan menginap kat hotel di Bdr Hilir, then berjalan kaki jer untuk melawat kawasan sekeliling.

Masa kami pergi tu, boleh kata semua shopping complex kat Dataran Pahlawan tu ada sale. Tapi yang paling cun, kasut croc sale 50%, (hmm... nasib baik ada size).

So tengoklah gambar2x yang ada, cuma gambar kasut jer tak masuk.....

p/s: Misi kami untuk mencari gerai yong tau fu pakcik kat simpang renaisaance tak berjaya, sebab gerai & simpang2x dah hilang, ......















Diatas bot ke Pulau Tioman.

Tioman



Skuad penyelamat pantai.

Tioman






Bergambar semasa di jeti menuju Pulau Tioman.












Thursday, May 14, 2009

Ahli Terbaru...


Alhamdulillah, keluarga ini telah mendapat ahli terbaru, dilahirkan pada 5/12/2008. Merupakan anak ke-4 dan cucu yang ke-35 dalam family Hj. Yusoff.




Semoga menjadi anak solehah, berjaya didunia & cemerlang di akhirat. Amin.